Sunday, May 8, 2011

Andai itu yang Kau Mahu

Disclaimer: Salam. diharapkan semua dapat menerima hasil tulisan yang julung kalinya dicuba penulis. Maaf dipohon andai ianya tidak semana yang disangka dan memandangkan ruang ini milik penuh penulis jadi tidak salah kalau dicoret apa sahaja kan?


Kata orang cinta itu tak datang sendiri kalau tak dicari. Kusut kepala Ismah memikirkanya. Bukan dia tidak berusaha tapi lain pulak jadinya. Kecik diri dikala dicemuh oleh lelaki yang dikasih selama ini. Hina sangat ke? Apalah sangat dosa aku sampai dicemuh sebegitu?
Memang Ismah sedar siapa dirinya. Walaupun tidak setanding dengan perempuan yang sering cuba berdamping dengan Ahmad Rizman tapi demi cinta yang suci, dicuba jua. Ditabahkan diri untuk menegur walaupun mungkin tidak dilayan.
Kini Ismah sedar, menangis air mata darah pun, tidak akan ada faedahnya. Dirinya sudah dibuang jauh. Cinta yang baru hendak berputik dibunuh dengan kejam. Hampa dan kecewa perasaan Ismah. Namun, dia nekad. Hidup harus diteruskan. Ismah tidak akan sesat jalan. Berkat didikan arwah Haji Din tidak akan disia-siakan.
“Hai, tak nak masuk dalam ke?” tanya Bariyah teman rumah sewanya sambil bertinggung duduk disebelahnya di depan halaman rumah.
“Ada masalah ke kau ni? Tanya bariyah lagi. Pelik melihat rakannya yang sejak akhir-akhir ini dilihat murung. Satu yang ditanya, satu yang dijawab.
“ La, hoi perempuan, aku tengah cakap dengan kau ni?”
Ismah menoleh seraya memberikan senyuman nipis kepada Bariyah dan berpaling semula kearah kanak-kanak yang leka bermain basikal.
“Ismah ..oh Ismah…dahlah tu penat aku tengok kau ni. Nak kata sakit, tak juga. Tapi macam orang kehilangan suami tau!”
Spontan Ismah menoleh, merah padam mukanya. Sedih menghimpit hati. Mahu sahaja Ismah meraung meratapi pemergian Ahmad Rizman dari hidupnya tapi memikirkan cemuhan yang dihambur pada dirinya, Ismah kuat menahan, perlu dibuktikan pada lelaki itu bahawasanya perempuan bernama Nur Ismah Iman tidak sejijik yang disangka. Tidak akan dikejar lelaki itu. Tidak mungkin. Biar miskin harta tapi bukan maruah diri. Tidak  sekalipun maruah diri akan dijadi galang ganti untuk meraih kasih lelaki. “Ah, tidak mungkin,” getus Ismah.
Kedua-dua sahabat itu melabuhkan punggung di meja makan. Hari ini giliran Zulaika pula memasak makan malam. Rumah dua tingkat itulah yang dihuni mereka bertiga sejak setahun lepas. Rutin harian untuk memasak makan malam dilakukan  mereka bertiga secara bergilir-gilir. Itu sahajalah masa untuk mereka bertiga bergelak ketawa. Harapkan makan tengahari, takpayahlah. Masing-masing sibuk dengan kerja , tambahan pulak tempat kerja berlainan.

 ***bersambung***

10.05.2011

Malam semakin larut. Ismah masih bersandar pada keretanya sambil mendongak melihat awan yang gelap.
“aku perlu melangkah kehadapan,‘’ bisik hati kecilnya.  Menunggu cinta  Ahmad Rizman seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Entah-entah dia sudah berpunya di kala ini. Kadang-kadang dirinya dipersalahkan kerana bercinta dengan orang yang jauh. Masih segar dalam ingatannya ketika pertama kali berbual dengan Ahmad Rizman di laman social terkenal, Facebook. Pengenalan yang pendek itu tidak mendatangkan apa-apa perasaan pada mulanya, namun selepas membaca beberapa komen ditulis di halaman facebook  Ahmad Rizman selang seminggu selepas perbualan itu yang mengundang senyuman di bibir. Ismah tahu, ianya ditujukan kepadanya. Dalam diam, perasaan suka lahir terhadap lelaki seorang ini.
“Ismah, bos nak jumpa you” kata Emelda yang baru balik dari bilik maut yang memang di geruni seluruh warga SM Holding. Bos mereka, Encik Hisham memang terkenal dengan sifat tegasnya yang tak kira masa. Kadang-kadang terasa melampau pulak, ada sahaja yang tak kena pada matanya. Bukan semudah itu untuk sebarang kertas kerja diluluskan lebih-lebih lagi yang membabitkan wang syarikat. Diatas sebab itulah, Ismah senantiasa berhati-hati, pastinya sebarang kerja yang akan diperiksa berkali-kali sebelum diujukan kepadanya. Mana tahu, silap haribulan dilemparnya keluar. Malu beb!
Ismah mempercepatkan jalan sambil menyepit fail  laporan kewangan syarikat yang baru diselesaikan petang semalam. Awal lagi Encik Hisham sudah mengingatkannya untuk ditunjukkan kepadanya dahulu terlebih dahulu sebelum dihantar ke ibu pejabat di Kuala Lumpur. Dia sendiri ingin meneliti beberapa perkara. Ismah sedar, bukan mudah untuk meneraju sesebuah syarikat, lebih-lebih lagi syarikatnya baru tersenarai dalam bursa saham Kuala Lumpur. Pastinya akan menarik perhatian media.

 ***bersambung***

No comments:

Post a Comment