Sunday, May 22, 2011

(*)

***bersambung***

“Selamat pagi En. Hisham" ucap Ismah sambil menghulurkan fail yang dipinta.
“Hmm awak duduk dulu” perintah Encik Hisham.
Ismah duduk sambil memerhatikan Encik Hisham yang tekun meneliti fail yang diberikan. Keadaan dalam bilik luas itu senyap, hanya bunyi kipas sahaja yang kedengaran. Sesekali Ismah menoleh ke tingkap yang menghala ke jalan raya yang di hiasi dengan pokok-pokok yang rendang yang lebat berdaun. Pemandangan yang cukup indah. Dua puluh minit sudah berlalu. Encik Hisham masih sibuk dengan laporan kewangan. Ismah mula gelisah. “La, kalau takda benda nak cakap, tak payah suruh aku duduk melangau macam ni…aduh, bosannya” gerutunya dalam hati. Ismah tidak sedar dalam pada masa yang sama dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang.
“Ismah!” Encik Hisham bersuara.
“O mak kau” Tersentak Ismah apabila dipanggil secara tiba-tiba. Fuh, nasib baik aku ni takda sakit jantung, kalau tidak, dah lama jalan.
“Ye Encik Hisham, anything?”
“awak dah sarapan?” tanyanya sambil melemparkan senyuman manis menampakkan lesung pipit di pipi. Tampan sungguh.
“Errr…belum lagi, tapi saya ini jarang sarapan En Hisham, makan tenghari je terus”
“Awak temankan saya sarapan, saya lapar” kata Encik Hisham seraya mencapai kunci kereta dan melangkah keluar dari bilik.
Ismah masih  berdiri tegak di bilik itu. “Hah!, dia ajak aku sarapan ke? hei, aku malaslah. Nak tolak tak sempat. Aduh. Laju Ismah berjalan sambil mengejar dari belakang. Ismah mengeluh kecil setelah duduk di tempat duduk penumpang. “Bukannya nak tanya pandangan orang Encik Hisham ni, nak ke tak, tahu-tahu dah jalan.  Juwitakan ada, apa yang susah, ajak sajalah, dah memang salah satu tugas dia sebagai Setiausaha syarikat.
Kedua-kedua mereka melangkah masuk ke sebuah restoran ala Thai. Memang diketahui selera bosnya yang gemar menjamu makanan dari negara seberang itu.
“Encik Hisham, boleh saya tanya? ““Ada apa-apa masalah dengar laporan yang saya berikan tadi?”
“Kenapa awak tanya macam tu?”
“Takdalah, tiba-tiba Encik Hisham ajak makan, Juwitakan ada, jadi saya ingat mungkin ada kaitan dengan laporan tu. err  saya…”
Belum habis Ismah berkata, katanya dipintas. “Salahke seorang majikan membawa pekerjanya makan?”
Ismah diam . Hisham melihat wajah satu-satunya pekerja yang sentiasa bermain difikirnya. Wajah lembut, rambut lebat mengurai itu yang memikat hatinya. Tapi dia sedar, Ismah adalah pekerjanya. Tidak mungkin dijadikan isteri. Baginya tiada halangan tapi bagaimana dengar keluarganya? Masyarakat sekeliling? Apa kata mereka, setujukah? Dirinya dalam dilemma.
Sejurus balik ke pejabat Ismah berlalu ke pantry. Ingatnya untuk mengisi botol air dengan air suam. Haus.
“Awak tak payah nak berangan boleh berkepit dengan En Hisham tu!” keras amaran dari Juwita.
“Hei Juwita, awak ni kenapa? Tiba-tiba datang menyerang orang? Sakit hatinya bila dipandang rendah. Hatinya pedih mendengarkan tuduhan melulu yang dilemparkan. Nasib baik diselamatkan oleh kak Siti, kalau tidak, entahlah.
Ismah masih berteleku di sejadah. Memohon ihsan. Masih segar igatannya dengan kejadian petang tadi. “Ya, tuhan peliharakanlah hambamu. Tak sanggup diriku dianya, berat dugaan yang ditanggung. Berikanlahku kebahagian. Kenapa yang kurang itu selalu dipandang rendah oleh yang berada? Bukankah kita ini sama-sama menumpang dibumi ini? Mengapa yang kurang mampu sering disangka cuba menumpang kesenangan?
Sejadah dilipat dan digantung. Mengikut perancangan, besoknya dia balik ke kampung. Beberapa helai pakaian sudah dimasukan ke dalam beg. Awal lagi Mak Temah sudah diberitahu akan kepulanganya.
Mak Temah, ibunya tinggal berseorangan setelah Ismah mendapat pekerjaan di Johor. Hendak bekerja di kampung, apa sangat kerja yang boleh dibuatnya di Kampung Lonek, Batu Kikir. Bukannya ada syarikat yang gah, bendang sawah adalah. Kesian ibunya yang ditinggalkan beseorangan.

***bersambung***

Sunday, May 8, 2011

Andai itu yang Kau Mahu

Disclaimer: Salam. diharapkan semua dapat menerima hasil tulisan yang julung kalinya dicuba penulis. Maaf dipohon andai ianya tidak semana yang disangka dan memandangkan ruang ini milik penuh penulis jadi tidak salah kalau dicoret apa sahaja kan?


Kata orang cinta itu tak datang sendiri kalau tak dicari. Kusut kepala Ismah memikirkanya. Bukan dia tidak berusaha tapi lain pulak jadinya. Kecik diri dikala dicemuh oleh lelaki yang dikasih selama ini. Hina sangat ke? Apalah sangat dosa aku sampai dicemuh sebegitu?
Memang Ismah sedar siapa dirinya. Walaupun tidak setanding dengan perempuan yang sering cuba berdamping dengan Ahmad Rizman tapi demi cinta yang suci, dicuba jua. Ditabahkan diri untuk menegur walaupun mungkin tidak dilayan.
Kini Ismah sedar, menangis air mata darah pun, tidak akan ada faedahnya. Dirinya sudah dibuang jauh. Cinta yang baru hendak berputik dibunuh dengan kejam. Hampa dan kecewa perasaan Ismah. Namun, dia nekad. Hidup harus diteruskan. Ismah tidak akan sesat jalan. Berkat didikan arwah Haji Din tidak akan disia-siakan.
“Hai, tak nak masuk dalam ke?” tanya Bariyah teman rumah sewanya sambil bertinggung duduk disebelahnya di depan halaman rumah.
“Ada masalah ke kau ni? Tanya bariyah lagi. Pelik melihat rakannya yang sejak akhir-akhir ini dilihat murung. Satu yang ditanya, satu yang dijawab.
“ La, hoi perempuan, aku tengah cakap dengan kau ni?”
Ismah menoleh seraya memberikan senyuman nipis kepada Bariyah dan berpaling semula kearah kanak-kanak yang leka bermain basikal.
“Ismah ..oh Ismah…dahlah tu penat aku tengok kau ni. Nak kata sakit, tak juga. Tapi macam orang kehilangan suami tau!”
Spontan Ismah menoleh, merah padam mukanya. Sedih menghimpit hati. Mahu sahaja Ismah meraung meratapi pemergian Ahmad Rizman dari hidupnya tapi memikirkan cemuhan yang dihambur pada dirinya, Ismah kuat menahan, perlu dibuktikan pada lelaki itu bahawasanya perempuan bernama Nur Ismah Iman tidak sejijik yang disangka. Tidak akan dikejar lelaki itu. Tidak mungkin. Biar miskin harta tapi bukan maruah diri. Tidak  sekalipun maruah diri akan dijadi galang ganti untuk meraih kasih lelaki. “Ah, tidak mungkin,” getus Ismah.
Kedua-dua sahabat itu melabuhkan punggung di meja makan. Hari ini giliran Zulaika pula memasak makan malam. Rumah dua tingkat itulah yang dihuni mereka bertiga sejak setahun lepas. Rutin harian untuk memasak makan malam dilakukan  mereka bertiga secara bergilir-gilir. Itu sahajalah masa untuk mereka bertiga bergelak ketawa. Harapkan makan tengahari, takpayahlah. Masing-masing sibuk dengan kerja , tambahan pulak tempat kerja berlainan.

 ***bersambung***

10.05.2011

Malam semakin larut. Ismah masih bersandar pada keretanya sambil mendongak melihat awan yang gelap.
“aku perlu melangkah kehadapan,‘’ bisik hati kecilnya.  Menunggu cinta  Ahmad Rizman seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Entah-entah dia sudah berpunya di kala ini. Kadang-kadang dirinya dipersalahkan kerana bercinta dengan orang yang jauh. Masih segar dalam ingatannya ketika pertama kali berbual dengan Ahmad Rizman di laman social terkenal, Facebook. Pengenalan yang pendek itu tidak mendatangkan apa-apa perasaan pada mulanya, namun selepas membaca beberapa komen ditulis di halaman facebook  Ahmad Rizman selang seminggu selepas perbualan itu yang mengundang senyuman di bibir. Ismah tahu, ianya ditujukan kepadanya. Dalam diam, perasaan suka lahir terhadap lelaki seorang ini.
“Ismah, bos nak jumpa you” kata Emelda yang baru balik dari bilik maut yang memang di geruni seluruh warga SM Holding. Bos mereka, Encik Hisham memang terkenal dengan sifat tegasnya yang tak kira masa. Kadang-kadang terasa melampau pulak, ada sahaja yang tak kena pada matanya. Bukan semudah itu untuk sebarang kertas kerja diluluskan lebih-lebih lagi yang membabitkan wang syarikat. Diatas sebab itulah, Ismah senantiasa berhati-hati, pastinya sebarang kerja yang akan diperiksa berkali-kali sebelum diujukan kepadanya. Mana tahu, silap haribulan dilemparnya keluar. Malu beb!
Ismah mempercepatkan jalan sambil menyepit fail  laporan kewangan syarikat yang baru diselesaikan petang semalam. Awal lagi Encik Hisham sudah mengingatkannya untuk ditunjukkan kepadanya dahulu terlebih dahulu sebelum dihantar ke ibu pejabat di Kuala Lumpur. Dia sendiri ingin meneliti beberapa perkara. Ismah sedar, bukan mudah untuk meneraju sesebuah syarikat, lebih-lebih lagi syarikatnya baru tersenarai dalam bursa saham Kuala Lumpur. Pastinya akan menarik perhatian media.

 ***bersambung***